~ Aku Hanya Wanita Biasa ~


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak...

Aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari kesempurnaan. Kerana itu kuingin kau tahu, aku bukan seorang wanita yang sempurna. Aku begitu banyak kekurangan.. Maka ketahuilah....


Kepadamu yang memilihku kelak...

Aku tidak sebijak bonda KHADIJAH, kerananya ku ingin kau tahu. Aku mungkin sahaja akan berbuat salah dan mungkin boleh mengecewakanmu. Maka ku pohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihatilah aku dengan hikmah, kerana bagiku kau lah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang terhadap dirimu...


Duhai kau yang telah memilihku kelak...

Ingatlah, tak selamanya aku akan kelihatan cantik di matamu, ada kalanya mungkin aku tak sempat berdandan menyambutmu pulang bekerja kerana kesibukan hal pengurusan kerja-kerja rumah, tanggungjawab yang harus aku laksanakan. Mungkin kerana atas kecuaianku jua... Maka maafkanlah diriku ...


Padamu yang akan menjadi nakhoda dalam hidupku kelak...

Ketahuilah, aku tidak sesabar FATIMAH. Mungkin sahaja kau akan mendapati diri ini marah, menangis, dan tak terkawal, bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa. Aku juga perlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku. Maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu... Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku...

Janganlah kau membentakku, tapi cukuplah andai kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tahu kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untukmu...


Padamu yang akan menjadi imam dalam solatku kelak...

Ketahuilah, aku tidak secerdas AISYAH.. Maka janganlah pernah bosan mengajar diriku, membimbingku ke arah-NYA, walau kadang aku mungkin tidak pikap, tapi janganlah pernah letih mengajarku... Jangan letih mengingatkan untuk terus bersamamu menjulang pahala dalam amalan-amalan sunnah... Bimbing tanganku ke Jannah-NYA, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya... InsyaALLAH...


Padamu yang akan menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku...

Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai berkedut. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku... Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa CINTA padamu yang dianugerahkan Maha Pemilik Cinta padaku...


Ketahuilah.. Setiap hari, setiap jam, setiap minit, dan setiap saat, telah aku lalui dengan selalu jatuh cinta padamu... Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku... Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna... Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Maafkan aku, kerana aku hanyalah wanita biasa.....


Semoga ALLAH merestui dan memelihara cinta suci ini di dunia dan di Akhirat dalam keredhaanNYA....

Amin Ya Robbal 'alamin...

1 comment: