Manusia Dlm Menghadapi Nikmat

BismiLlahirrahmanirrahim..

Salam sejahtera buat semua..
Ketahuilah, manusia dlm menghadapi NIKMAT kurniaan Allah itu terbahagi 3 :-

  1. Gembira dgn nikmat itu, bukan krn yg memberikannya, ttp semata-mata krn kelazatan dan kepuasan hawa nafsu dari nikmat itu.. Maka ini termasuk golongan yg lalai (ghafil), org ini sesuai dgn firman Allah Ta'ala yg bermaksud, "Sehingga bila mereka telah puas gembira dgn apa yg diberikan itu, Kami tangkap mereka dgn tiba-tiba (Kami seksa mereka dgn tiba-tiba).."
  2. orang yang gembira dgn nikmat kerana ia merasa behawa itu KURNIA yg diberikan Allah kepadanya, ini sesuai dgn firman Allah, "Kerana merasa mendapat kurnia dan rahmat Allah, maka dgn sebab itulah mereka sepatutnya gembira, yg demikian itu lebih baik dari apa yg mereka kumpulkan.."
  3. Orang yg hanya gembira dgn ALLAH, tidak trpengaruh oleh kelazatan lahirnya nikmat, dan tidak kerana kurnia Allah, sbb ia sibuk memperhatikan (kerja) Allah sehingga tidak terhibur dari segala yg selain-Nya, maka tidak ada yg terlihat padanya kecuali Allah, ini sesuai dgn firman Allah, "Katakanlah : Hanya Allah, kemudian biarkan mereka dlm kesibukan mereka berkecimpung.."

Syukur itu jalan melihat pada yg memberi, bukan melihat nikmat pemberiannya.. Sesiapa yg tidak melihat PEMBERI nikmat di dlm nikmat itu, maka nikmat itu hanya berupa istidraj dan berubah menjai bala, wal'iyazu billah.. Semoga Allah Ta'ala menjadikan kesenangan dan kegembiraan bagi kita dan kita redha atas segala yg diberikan-Nya, dan tidak menjadikan kita dr golongan yg ghafil (lalai), dan semoga Allah menjadikan kita di jalan org2 yg muttaqin dgn segala kurnia rahmat-Nya.. Amin..

No comments: