Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?..

Salam...

Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi kita semua...


Diriwayatkan dlm sebuah hadis, "Setiap perkara yg dijadikan oleh Allah Ta'ala itu mempunyai pasangannya, dan pasangan kepada Al-Quran ini merupakan Surah Ar-Rahman.." Surah ini adalah satu surah yg istimewa, yg diriwayatkan dlm hadis lain, bhw Nabi saw tatkala membacakan surah ini kpd para sahabat, terkelu mereka tatkala mendengar surah ini..

Antara isi kandungan yg terdapat dlm surah ini adalah nikmat2 yang dianugerahkan Tuhan kpd kita.. Antaranya adalah nikmat laut.. Dlm surah ini ayat yang ke-19, yg bermaksud :

"Allah Ta'ala membiarkan dua lautan mengalir dan keduanya kemudiannya BERTEMU, antara keduanya ada batasan yg tidak dapat dilampaui oleh masing2.. Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan? Dari keduanya keluar mutiara dan marjan (sejenis permata).. Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan? Dan kepunyaan-Nya segala bahtera yg tinggi layarnya di lautan laksana gunung-ganang.. Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan? Semua yg ada di bumi ini akan binasa.. Dan tetap kekal wajah Tuhanmu yg mempunyai kebenaran dan kemuliaan.. Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan? "

Benarlah drpd firman-Nya S.W.T, Tuhan telah menciptakan laut, sungai, hujan, semuanya merujuk kepada rahmat Allah SWT.. Dan bukan setakat keduanya bertemu, malahan masing-masing mengekalkan sifatnya yg tersendiri..




Inilah antara bukti kekuasaan Allah yg perlu kita tadabbur, perhatikan dan ambil iktibar...
SubhanaLlah, Maha Suci Allah...!

Sejauh mana kesyukuran kita kepada Allah Ta'ala sbg hamba-Nya?.. Di kesempatan ini kita muhasabah diri kita.. Dikatakan oleh Imam Al-Ghazali di dlm kitab beliau, Ihya' Ulumuddin, satu bab khas yg mengajar kita dua perkara penting dlm hidup yg namanya SABAR dan SYUKUR.. Sabar dlm perkara2 musibah yg menimpa.. Syukur atas segala nikmat yang dikurniakan.. Sbb disebut dlm hadis soheh yg bermaksud, " 'Ajib (menghairankan) betul urusan orang2 beriman, semuanya baik baginya.. Apabila diberi satu nikmat, perkara2 kebahagiaan, kegembiraan, dia bersyukur kepada Allah Ta'ala.. Kalau ditimpa satu mudharat, dia akan sabar.. Maka semuanya baik baginya.."

Imam Al-Ghazali membuat satu analisis, membincangkan ayat quran yang merujuk kpd SYUKUR dan juga SABAR.. Bila menyebut tentang 'syukur' maka Allah Ta'ala sering mengingatkan kita dgn firman-Nya, "Hanya sedikit sahaja dari hamba2-Ku yg bersyukur.." Maka kata Imam Al-Ghazali, syukur itu sangat sedikit orang yg boleh bersyukur.. Tetapi sabar, ramai org boleh sabar.. Tetapi al-Imam Ibnu Qudamah Al-Maqdisi Al-Hambali mengatakan bahawa Syukur dan sabar itu sama di sisi Allah Ta'ala.. Walaupun Tuhan mengatakan golongan yg bersyukur itu sedikit, tidaklah bermakna ini paling baik, ini kata beliau..

Cubalah kita melihat nikmat yg Allah Ta'ala berikan kpd kita ini menerusi jendela orang yg susah, bagaimana agaknya?.. Sbg contoh, kita lihat pd orang yang sakit, kita akan mengerti dan mensyukuri nikmat sihat.. Lihatlah pd orang yang kurang waras, nescaya kita akan mengerti dan bersyukur dikurniakan akal dan minda yg sempurna.. Lihatlah pd orang yg dipenjara, dgn itu kita akan mengerti erti orang yg bebas.. Jika kita tidak memandang dari sudut ini, mungkin kita tidak perasan, bahawa kita dikurniakan ribuan malahan jutaan nikmat yg tidak kita syukuri..




Allahummaj'alna min asy-syakirin wa as-sobirin Ya Rabb..
Amin, amin, Allahumma amin...


No comments: