:: Ak lebih gembira jk kamu gmbira & lebih sedih jk kamu sedih ::

Assalamualaikum semua... Entri kali ni ak nk coretkan sesuatu yg khas untuk semua sahabat2ku, yg pernah berkawan dgn ak dan yg masih setia bertemankan ak yg serba kekurangan ni hinggalah ke detik ini..

Sesiapa yg kenal ak dgn sebenar2nya shj yg tahu betapa ak sayang pd semua org yg ada di sekeliling ak.. Yg terutamanya tentulah famili ak, tp sahabat2 n kawan2ku jg semuanya ak dh anggap mcm keluargaku sendiri.. kegembiraan mrk adalah kegembiraanku jg dan kesedihan mrk adalah sesuatu yg turut menyakitkan ak.. Ak sayangkan kalian semua hanya kerana Allah..! Juga krn mengamalkan hadis Baginda SAW yg bermaksud,"Tidak SEMPURNA iman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri.."

Ak kdg2 sedar yg ak sanggup buat apa saja demi kawan2 ak, walaupun kdg2 perkara 2 hakikatnya menyusahkan ak.. Knp ek? Kdg2 ak terfikir knp ak sanggup buat tu semua? Tp ak sedar klu terlalu baik pd orang biasanya org akn pijak kepala kite.. Pengalaman mmg guru yg terbaik.. Tp, apa pun terjadi selagi ak masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini, selagi itu ak akn cuba lakukan sedaya upayaku utk menunaikan hak dlm berukhuwah.. Biarlah apa orang lain nk buat kt ak, insya Allah ak x kan amik pusing.. Lumrah lah hidup kt dunia ni kadang2 org beri susu dibalasnya tuba.. Bukan semua orang tahu menghargai.. Tak kurang juga yg suka mengambil kesempatan.. Tp itu ak serahkan pada-Nya.. Dia Yg Maha Mengetahui segala tujuan dan niat seseorang.. Yg penting adalah antara ak dan Dia..

AlhamduliLlah, hari ni seorang yg ak anggap sbg sahabat telah memperolehi pekerjaan yg baru.. Ak tumpang gembira ats kejayaan dan kebahagiannya.. Sgt2 gembira, walaupun tanpa pengetahuannya ak sgt menghormati dia atas keperibadiannya yg sentiasa bersederhana.. Ak tabik dia sbb dia selalu redha ats apa yg berlaku pd dirinya.. Masalah demi masalah yg dtg tp die cool je.. Org kata yg bukan2 pasal dia, dia sentiasa sabar.. Dulu ak mmg rapat dgn dia tp sekarang masing2 mcm dh bawa haluan sendiri.. Tp itu x bermakna terputusnya ukhuwah yg dibina.. Insya Allah persahabatan ini akan berkekalan dan dia sentiasa ada dlm doaku.. Smg segala yg dilakukannya diberkati dan diredhai Ilahi, amin..

Seorang lagi sahabatku yg sgt jauh dr mata namun dekat di hati.. Ak x tahu mcm mana ak boleh syg sgt kt dia smpai dh anggap dia mcm adik ak sendiri.. Rasanya dia sgt memahami ak, kdg2 x jemu menasihati ak, memberi semangat padaku, smpai kadang2 ak jadi sungguh terharu.. Sudah lama kitorang terpisah dan baru terjumpa semula ak dpt rasakan betapa manisnya ukhuwah itu.. Dia juga selalu merujuk kpd ku klu dia ada apa2 masalah dan x segan2 bertanya.. Ak sngguh selesa dgn sikapnya.. Kadang2 sama2 berkongsi pengalaman, perasaan dan mcm2 lagi.. Semoga kamu sentiasa beroleh kebahagiaan dan kejayaan dlm hidupmu dik.. Ya Allah, naungilah kami bersama2 di bawah naungan 'Arasy-Mu pd hari yg tiada naungan melainkan naungan-Mu Ya Allah..! Amin..

Dlm persahabatan juga lah terujinya keikhlasan seseorang.. Ak yakin hubungan persahabatan jauh lebih bermakna dr percintaan.. Klu ak diberi utk membuat pilihan antara dua persimpangan, persahabatn atau percintaan, ak rasa ak x akan ragu2 mengorbankan percintaan demi persahabatan jk itu yg dipinta.. Jikalaulah ada (contoh je..) sahabatku yg menyukai seseorang yg mungkin sma dgn pilihanku, tanpa ragu akn mengalah.. Hanya utk melihat sahabtku bahagia.. Sbb KEBAHAGIAANMU SAHABATKU LEBIH BERMAKNA BAGIKU...

Banyak pengalaman dlm berkawan, x pernah satu pun ak lupakan.. Kdg2 ak tersenyum sendiri, bile kwn2 ku dr tadika dulu pun ak masih ingat nama2 diorang, dan x jemu2 ak cuba n usaha utk mencari semua org yg pernah menjadi kwn ak.. Ntah knp, semua kenangan dgn korang semua sgt susah utk ak lupakan.. Wahai semua kawan2ku, sesungguhnya ak sgt2 rindu pada kalian...!!!
Kdg2 engalir air mata hanya krn rindukan kwn2...!!! Kalaulah kalian tahu, betapa kalian sgt bernilai bagiku dan betapa ak menghargaimu hanya krn kamu KAWAN ku... Walaupun ak sedar kadang2 bukan semua org tahu menghargai apa yg kita lakukan tp biarlah tu semua x penting bagi ku...

No comments: