~ Sahabat Sejati ~

Ku biar kalam berbicara

Menghurai maksudnya di jiwa

Agar mudah ku mengerti

Segala yang terjadi sudah suratan Ilahi...


Ku biarkan pena menulis

Meluahkan hasrat di hati

Moga terubat segala perasaan di jiwa

Tak pernah ku ingini...


Aku telah pun sedaya

Tak melukai hatimu

Mungkin sudah suratan hidupku

Kasih yang lama terjalin

Berderai bagaikan kaca

Oh teman maafkanlah diriku...


Oh Tuhan

Tunjukkan ku jalan

Untuk menempuhi dugaan ini

Teman maafkan jika ku melukaimu

Moga ikatan ukhuwah yang dibina ke akhirnya


Sahabat

Pertemuan dan perpisahan adalah ketentuan Ilahi

Semoga kita terus meredhai

Di bawah naungan rahmat-Nya...


Aku tidakkan berdaya

Menahan hibanya rasa

Kau pergi meninggalkan diriku

Redhalah apa terjadi

Usahlah dikau kesali

Mungkin ada rahmat yang tersembunyi...


Oh Tuhan

Tunjukkan ku jalan

Untuk menempuhi dugaan ini

Teman maafkan jika ku melukaimu

Moga ikatan ukhuwah yang dibina ke akhirnya...


Ku biar kalam berbicara

Menghurai maksudnya di jiwa

Agar mudah ku mengerti

Segala yang terjadi sudah suratan Ilahi...


~ Andai LELAKI tahu ~

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya...

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata
itu bukan bermakna dia lemah
tetapi
dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu...

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah
itulah maknanya dia sangat mengambil berat
dan menyayangi lelaki itu..
Lihat saja pasangan yang baru bercinta,
mereka jarang bergaduh
tetapi percayalah
semakin bertambah sayang mereka pada seseorang
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku...

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat...

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik
bukan untuk dirinya
tetapi untuk masa depan anda...

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu
dan tidak percayakan anda
bukan bermakna dia tidak sayang
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih mengangap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian..
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi...
Naluri keibuannya sangat kuat
dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda...

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk
jangan kata dia mengada-ngada
Dia bukannya mahu dipujuk dengan
wang ringgit atau hadiah sedozen
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat mereka rasa dihargai...

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya...

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu padamu,
dia benar-benar maksudkannya...
Apabila berjauhan,
bayanganmu akan sentiasa bermain di mata...

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu
Dia mahu melihat sejauh mana
kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya...
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya
Selagi dia dengan kamu,
percayalah
walaupun perempuan menganggap
masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya,
kamu tetap yang terbaik...

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut,
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat...

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja,
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula...
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda..
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan
Dia terlalu emosional,
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda...

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan
lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri,
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan..
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali,
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan
seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya..
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat
lelaki menjadi lemah kerananya...

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda...
Insya Allah...



~ Isteri Cerdik Yg SOLEHAH ~


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Sifat-sifat kecerdikan perlu ada pada seorang yang bergelar isteri. Juz wondering....mampukah kita...???


1) Dapat menyorokkan kedukaan hati isteri di hadapan suami yang baru pulang. Setelah hilang penat lelah suami dan selesai melayan hajatnya barulah dirundingkan masalah yang dihadapi dalam keadaan yang tenang seperti UMMU SULAIM yang kematian bayi kecilnya.


2) Sanggup mengorbankan seluruh hartanya untuk kepentingan perjuangan Islam seperti SITI KHADIJAH yang telah mengorbankan seluruh kekayaannya untuk membantu perjuangan Rasulullah s.a.w. serta perjuangan Islam.


3) Bermati-matian memperjuangkan Iman walaupun berdepan dengan kejahilan suami seperti yang dilakukan oleh SITI ASIAH tatkala berdepan dengan keangkuhan suaminya FIRAUN.


4) Pandai mengambil hati suami hanya dengan melihat riak wajah suami seperti SITI AISYAH yang memahami 'cuaca' hati Rasulullah s.a.w. dengan memandang air muka baginda.


5) Hanya berhias dan melayan dengan layanan yang paling menggembirakan hati suami seperti berhiasnya wanita-wanita di Syurga.


6) Dapat menggembirakan hati suami dengan melayan madu-madu dan anak-anak suami dari isterinya yang lain semesra mungkin jika suaminya itu berpoligami. (mampukah aku...)


7) Sanggup menyimpan rahsia suami walau dalam keadaan yang genting sepertimana yang dilakukan SITI ASMA yang sanggup menyimpan rahsia tempat persembunyian Rasulullah s.a.w. daripada pengetahuan kafir Quraisy walaupun nyawanya sendiri terancam.


8) Sanggup mempertahankan keimanan sekalipun nyawanya terancam seperti SUMAIYAH yang menanggung penderitaan sehingga disula demi mempertahankan Iman.


9) Menggantungkan nasibnya semata-mata kepada ALLAH sepertimana yang dilakukan SITI MARYAM yang sentiasa bermunajat kepada ALLAH sehingga rezekinya dijamin oleh ALLAH.


10) Sangat tabah menghadapi segala ujian hidup walaupun ditinggalkan oleh suami seperti SITI HAJAR yang tabah hatinya ketika ditinggalkan suami sendirian di padang pasir yang tandus tanpa bekalan sedikitpun.


Renungan bersama.....