1. JANGAN pakai lens semasa tidur.. (Konon2 supaya mimpi nanti nak nampak jelaslah, tak kabur2..haih..)
2. JANGAN pakai lens kalau anda dekat dengan api sbb lens akan cair dan memberi kesan pada kornea mata anda! (Terutama ketika sedang memasak atau BBQ..!)
3. JANGAN pakai lens, lalu halakan mata ke arah air-cond .
4. JANGAN pakai losyen sebelum pakai lens, kerana tangan yg ada losyen ada bakteria .
5. JANGAN guna lens lebih dari 6 jam sehari .
6. JANGAN gosok mata kalau mata anda rasa gatal.. tanggalkan dulu lens kemudian letak eye more .
7. JANGAN tukar2 lens.. ( Kalau boleh khaskan yang mana utk sebelah kiri n yg mana utk sebelah kanan)
8. JANGAN share lens dengan kawan.. sape tau kawan ada kuman dalam mata, boleh berjangkit .
9.JANGAN main beli je lens tu.. check la dulu.. takpe mahal sikit janji mata x mendapat mudharat...
10.JANGAN gunakan lens yang sudah tamat tempoh..!- basuh tangan sehingga bersih sebelum memegang atau memakai kanta lekap.
- jauhkan pelekat bulu mata palsu, pengilat kuku, dan pewangi daripada kanta lekap kerana barang-barang berkenaan boleh merosakkan kanta lekap.
- dapatkan nasihat daripada penasihat Optometri terlebih dahulu sebelum menukar kanta lekap.
- jangan memakai kanta lekap melebihi tempoh yang sepatutnya.
- jangan menggunakan air paip untuk membersihkan kanta lekap.
- elakkan menggunakan losyen tangan sebelum memakai kanta lekap kerana ia akan meninggalkan selaput pada kanta lekap berkenaan.
- jumpa penasihat Optometri sekurang-kurangnya enam bulan sekali walaupun anda tidak mempunyai sebarang masalah dengan kanta lekap anda.
- jangan memakai kanta lekap melebihi 6 jam dan dielakkan memakai kanta lekap semasa tidur.
- pegang kanta lekap dengan perlahan apabila memakai dan membasuhnya kerana kanta lekap nipis dan mudah koyak.
KEGUNAAN KANTA LEKAP
1. Menggantikan cermin mata bagi memperbaiki kecacatan dan meningkatkan ketajaman mata.
2. Perlindung untuk beberapa jenis penyakit kornea.
3. Memberi keselesaan kepada pemakai. Bayangkan seorang ahli sukan seperti pemain bola sepak yang terpaksa menggunakan kaca mata. Sukar, bukan?
4. Untuk tampil bergaya. Penggunaan kanta lekap berwarna untuk yang bermata normal adalah satu trend sekarang dan sekadar `berseronok-seronok'.
RISIKO KANTA LEKAP
Kanta lekap berperanan besar dalam membantu memperbaiki penglihatan. Pemakai kanta lekap ini bagaimanapun terdedah kepada pelbagai risiko tersendiri jika penggunaannya tidak dibuat dengan cara yang betul.
Pada dasarnya, kanta lekap adalah menempelkan benda asing kepada mata. Dengan demikian, ia berpotensi mengganggu keseimbangan mata terutamanya jika tidak dibersih mahu pun ditanggalkan sebagaimana waktu yang telah ditentukan.
1- IRITASI
Risiko utama adalah iritasi (kegatalan). Iritasi disebabkan oleh jangkitan mata dan boleh mengakibatkan kebutaan. Oleh itu tangan harus dicuci bersih semasa memasang kanta lekap agar tiada bakteria dapat masuk sewaktu pemakaian.
Kebanyakkan jangkitan mata berpunca daripada perawatan dan pemeliharaan kanta lekap yang tidak sempurna. Ia juga boleh berpunca daripada tempat penyimpanan kanta lekap yang tidak dibersihkan dan menjadi tempat pembiakkan bakteria. Pemakai kanta lekap perlu memastikan aspek kebersihan mata dan tangan dan tempat penyimpanannya benar-benar terjaga.
2 - PENGURANGAN OKSIGEN
Mata memerlukan oksigen. Pada waktu tidur, kadar oksigen pada mata berkurangan sehingga 1/3 dari ketika mata dalam keadaan berjaga pada waktu siang.
Pemakaian kanta lekap pada waktu tidur akan menyebabkan pengurangan oksigen yang ketara dan boleh mengakibatkan lapisan permukaan mata mudah mengalami pembengkakan terutama pada waktu pagi. Pemakai kanta lekap dengan itu disaran menanggalkan kanta sebelum masuk tidur.
3 - MATA MERAH
Kanta lekap boleh menyebabkan lapisan mata mudah tergores dan teriritasi. Tanda awal ialah mata menjadi merah.
Pemakai kanta lekap disaran menanggalkan kanta apabila mata nampak merah. Jika tidak ditanggalkan, mata berpotensi dijangkiti kuman. Jika kuman kebetulan dari jenis yang sangat berjangkit, permukaan selaput mata boleh bertukar putih dalam masa 24 jam.
Jangan teruskan penggunaan kanta lekap jika ia menyebabkan radang dan meah mata..!
KOMPLIKASI PEMAKAIAN KANTA LEKAP
1 SUPERFICIAL PUNCTATE KERATITIS (SPK)
Permukaan kornea mata menjadi rosak biasanya disebabkan oleh pemakaian yang kanta yang terlalu ketat sehingga menyebabkan mata kekurangan oksigen (hypoxia), alergi, atau keracunan.
Gejala: Pemakai merasa tidak selesa, menjadi sangat sensitif pada cahaya (photophobia), dan hadirnya bintik-bintik di kornea mata.
Rawatan: Mengurangi atau menghentikan pemakaian kanta lekap.
2 ALAHAN
Radang atau iritasi terjadi kerana mata dimasuki bahan-bahan pembawa alahan seperti debu, serbuk atau makanan ke dalam mata.
Gejala: Rasa gatal, mata menjadi merah dan kelopak mata membengkak. Umumnya, alahan terjadi secara bermusim dan pemakai memang mempunyai sejarah alahan.
Rawatan: Hindari penyebab alahan. Hilangkan bengkak di mata dengan kompresi air dingin. Mengambil ubat antiradang apabila terjadi keradangan dan alahan boleh diredakan dengan ubat alahan, antihistamines.
3 KERATOCONJUNCTIVITIS SICCA / SINDROM MATA KERING
Timbulnya bintik (keratitis) kronik pada kornea bawah. Komplikasi ini disebabkan oleh perembesan air mata pemakai yang tidak mencukupi.
Gejala: Mata rasa seperti terbakar, air mata sering keluar dan cairan di mata berlebihan.
Rawatan: Suplemen air mata atau menggantikan kanta. Sekiranya tidak berhasil, hentikan pemakaiannya.
4 KORNEAL EDEMA
Cairan dalam kornea menjadi berlebihan sehingga menimbulkan stres pada kornea, biasanya disebabkan oleh mata kekurangan oksigen.
Gejala: Photophobia, penglihatan menjadi kelam, mata merah dan tidak selesa semasa kanta lekap ditanggalkan. Pembuluh darah kelihatan lebih jelas dan timbul superficial punctate keratitis.
Rawatan: Menambah oksigen pada mata. Kurangkan atau menghentikan pemakaian kanta lekap.
5 INFILTRATES
Keradangan pada jaringan mata disebabkan oleh kanta lekap yang kurang bersih, oksigen yang kurang, tindak balas alahan hingga menimbulkan jangkitan.
Gejala: Biasanya, ia kelihatan seperti sekelompok sel berwarna putih. Penglihatan berkurang, mata merah, photophobia dan timbul bintik putih di mata.
Rawatan: Komplikasi ini diatasi dengan menghindari pemakaian kanta lekap, kerap menggantikan kanta lekap, mengambil antibiotik/steroid dan memberikan penekanan terhadap cara pembersihan kanta lekap.
6 JANGKITAN
Jangkitan terjadi akibat kontaminasi organisme berbahaya ke dalam mata seperti bakteria, kulat, protozoa dan virus.
Gejala: Mata menjadi merah, kelopak mata melekap, air mata meleleh, kurang penglihatan dan bintik pada kornea.
Rawatan: Menjaram dengan air dingin, menggunakan air mata buatan, dan terapi antibiotik, jika perlu.
7 MICROBIAL KERATITIS
Microbial keratitis terjadi apabila organisme berbahaya seperti bakteria, kulat, protozoa dan virus masuk ke dalam kornea mata hingga mengakibatkan pembengkakkan.
Gejala: Sakit pada mata, photophobia, air mata berlebihan, mata merah, dan penglihatan berkurang. Jika sudah parah, mata mengeluarkan nanah.
Rawatan: Terapi antibiotik, penggantian kanta lekap.
8 VASKULARISASI KORNEA
Vaskularisasi kornea adalah pembentukan pembuluh darah dalam jaringan avaskular (kornea). Seringkali disebabkan oleh kekurangan oksigen oleh pemakaian kanta lekap yang terlampau ketat.
Gejala: Kurang penglihatan serta timbul pembuluh darah di kornea.
Rawatan: Kurangkan pemakaian kanta lekap atau menggantikannya dengan kanta lensa yang menyokong oksigen sepenuhnya.
9 GIANT PAPILLARY CONJUNCTIVITIS (GPC)
GPC adalah keradangan papilari pada kelopak atas mata. Penyebabnya masih belum diketahui hingga kini walau ada yang mengaitkannya dengan pemakaian kanta yang berpanjangan.
Gejala: Gatal-gatal, penglihatan berkurang, kanta lebih banyak bergerak-gerak, tidak boleh memakai kanta biasa dan kelopak mata membengkak.
Rawatan: Kurangkan pemakaian kanta, berjumpa doktor mata dengan segera.
Justeru, pencegahan dari timbulnya komplikasi akibat pemakaian kanta lekap adalah jauh lebih baik daripada mengubati.
Setiap individu yang memakai kanta lekap berpotensi mengalami komplikasi-komplikasi yang disenaraikan sekiranya penjagaan kanta lekap dipandang remeh.
Oleh itu, kekerapan membersihkan kanta lekap serta jangka masa pemakaiannya sebagaimana yang disarankan perlulah dititikberatkan bagi mengelak sebarang kemungkinan.
Sayangilah mata anda…. Sesungguhnya ia anugerah yang tidak ternilai dari-NYA....