Akhirnya.. Saat ini tiba jua..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kerana akhirnya hari yang telah lama dinanti tiba jua.. :')

Bertahun rasanya tak berkesempatan mencoret walau sedikit kata di ruang ini kerana kesibukan yang melanda n kekangan masa serta tanggungjawab dan amanah yg dipikul sepanjang berada di Kolej Insaniah ni..
Sungguh hati ni nak sangat melakar kata berkongsi cerita namun apakan daya banyak perkara lain yg perlu lebih diutamakan.. :')

Syukur sgt2, setelah tiga tahun menuntut ilmu di bumi barokah Insaniah ini byk mengajar ku erti kehidupan, bukan setakat ilmu yg berharga malahan lebih dari itu, merasakan kasih syg yg lahir dr jiwa setiap pendidik membuatkan diri ini berat hati utk menghadapi perpisahan jasad bersama mereka.. :')

Dr. Farid, Dr. Aly Mansour, Dr. Mahmud Hussein, Dr. Alaa'

Ini adalah majlis perpisahan untuk pensyarah kami Dr Farid Aly Jalbat dari Mesir.. Ya Allah sebaknya rasa masa Dr memberi 'taujihat'nya yang terakhir buat kami anak2 didiknya.. Mengalir airmata kesedihan tatkala Dr mengucapkan selamat tinggal kpd kami, tak sanggup rasanya menghadapi perpisahan itu.. Beliau merupakan pensyarah yg sangat disenangi oleh kami semua.. Wajahnya yg manis menyejukkan hati sesiapa sahaja yg memandangnya.. Sikap ambil berat beliau terhadap kami membuatkan kami merasakan seperti anak2 kesayangannya.. Ya Allah, betapa mulianya hati beliau.. Semoga beliau sentiasa di dlm redha Allah dan dirahmati-Nya walau di mana jua beliau berada.. Amin.. :')

Ya Allah Ya Tuhanku..
Sebagaimana Engkau telah satukan kami di bawah kasih dan rahmat-Mu di dunia ini,
Satukanlah kami juga di Akhirat dlm syurga-Mu Ya Allah,
Bersama2 dgn kekasih-Mu junjungan mulia Nabi Muhammad saw di sana nanti..
Amin Allahumma Amin.. :')


"Alahai KaNtA LeKaP...~"


Dengan nama Allah ku mulakan rentak jariku ini terus menari untuk meluahkan apa yangtersirat di hati.. Insya Allah hari ni nak cerita sikit tentang KANTA LEKAP atau nak glemer sikit kite sebut 'CONTACT LENS'.. ;)

Nape nak cite pasal ni plak ye? Hmm.. Firstly sebab rasenye memang dah semua orang sedia maklum tentang contact lens ni yang memang wujud lama dulu dah, sejak zaman2 kita di bangku sekolah lagi kot? Betul tak.. Seingat ana, ana pun 1st time tengok masa umur baru berapa tahun je masa tu, terus rasa pelik, plastik apa pulak yang dilekap2kan dalam biji mata tu?? Mata kita kalau masuk habuk sikit pun dah pedih2 tak tahan, ni boleh pulak letak 'benda' tu elok2 dalam mata.. Macam NGERI je.. Memang tak boleh terima, maklumlah.. BUDAK KECIK lagi masa tu.. ^_^ Tapi sekarang, giliran kita pulak menggunakan 'perkhidmatan' contact lens ni.. Yelah, bila mata 'ter'jadi rabun, power spek pulak asyik bertambah je, rasa tak selesa pulak nak pakai cermin mata yang tebal2 tu, betul tak?Nak2 budak2 yang muda remaja ni,termasuklahh ana sendiri hehe.. Bila pakai contact lens ni, dah rasa macam mata betul2 plak, rasa bebas sikitlah mata tu, takde cermin mata yang menghalang dan penglihatan yang terbatas pun dah tak rasa.. Alihkan je bola mata tu ke mana yang nak, semua boleh nampak clean & clear je.. Tak caye? Cubelah tanya orang yang rabun kemudian pakai contact lens tu, betul tak feeling die camtu? ^_^ Kalau nak dibandingkan dengan pakai cermin mata, penglihatan yang jelas tu betul2 yang di hadapan je, cuba gerakkan bola mata ke atas ke, ke kiri atau kanan ke, mesti dah kabur balik kan? Huhu.. Gerakkan bola mata je, bukan gerakkan kepala sekali.. ^_~

Bezanya zaman dulu dengan zaman sekarang, dulu kebanyakannya warna jernih je contact lens nye, jadi pakai ke tak pakai ke macam sama je, takde sape yang perasan.. Tapi zaman sekarang macam dah jadi trend dan fesyen je, sana sini tengok anak mata orang macam2 warna.. Dari yang memang nampak cantik sampai ke nampak pelik..! Tapi takpelah, yang penting mereka rasai kepuasan tu kan.. Cuma yang ana nak sampaikan di sini, nak cantik tu takpelah, cuma jangan sampai MEMBAHAYAKAN diri sendiri.. Sebenarnya, banyak tips2 dan perkara yang perlu diambil berat oleh si pemakai contact lens.. Ada banyak perkara yang seharusnya dipatuhi dan tidak dipandang ringan..

Antara jenis2 contact lenses yang pelik dan aneh..!

Antaranya, jika anda seorang pengguna kanta lekap, anda perlu MENGELAKKAN perkara2 berikut :

1. JANGAN pakai lens semasa tidur.. (Konon2 supaya mimpi nanti nak nampak jelaslah, tak kabur2..haih..)

2. JANGAN pakai lens kalau anda dekat dengan api sbb lens akan cair dan memberi kesan pada kornea mata anda! (Terutama ketika sedang memasak atau BBQ..!)

3. JANGAN pakai lens, lalu halakan mata ke arah air-cond .

4. JANGAN pakai losyen sebelum pakai lens, kerana tangan yg ada losyen ada bakteria .

5. JANGAN guna lens lebih dari 6 jam sehari .

6. JANGAN gosok mata kalau mata anda rasa gatal.. tanggalkan dulu lens kemudian letak eye more .

7. JANGAN tukar2 lens.. ( Kalau boleh khaskan yang mana utk sebelah kiri n yg mana utk sebelah kanan)

8. JANGAN share lens dengan kawan.. sape tau kawan ada kuman dalam mata, boleh berjangkit .

9.JANGAN main beli je lens tu.. check la dulu.. takpe mahal sikit janji mata x mendapat mudharat...

10.JANGAN gunakan lens yang sudah tamat tempoh..!


Jangan dekati bahang api ketika memakai kanta lekap, terutama ketika sdg BBQ atau bakar sate dan seumpamanya, krn ia blh menyebabkan contact lense cair, kerana ia diperbuat drpd plastik..!

Ini antara perkara2 yang WAJIB dijauhi jika anda memang pengguna tegar untuk contact lens, demi menjaga keadaan mata supaya tidak mendapat komplikasi2 yang membahayakan.

Katarak-kegelapan dalam kanta mata yang menyebabkan penglihatan kabur

Selain itu, penulis jugak nak share sikit TIPS2 MENJAGA KANTA LEKAP.. Antaranya ialah :
  1. basuh tangan sehingga bersih sebelum memegang atau memakai kanta lekap.
  2. jauhkan pelekat bulu mata palsu, pengilat kuku, dan pewangi daripada kanta lekap kerana barang-barang berkenaan boleh merosakkan kanta lekap.
  3. dapatkan nasihat daripada penasihat Optometri terlebih dahulu sebelum menukar kanta lekap.
  4. jangan memakai kanta lekap melebihi tempoh yang sepatutnya.
  5. jangan menggunakan air paip untuk membersihkan kanta lekap.
  6. elakkan menggunakan losyen tangan sebelum memakai kanta lekap kerana ia akan meninggalkan selaput pada kanta lekap berkenaan.
  7. jumpa penasihat Optometri sekurang-kurangnya enam bulan sekali walaupun anda tidak mempunyai sebarang masalah dengan kanta lekap anda.
  8. jangan memakai kanta lekap melebihi 6 jam dan dielakkan memakai kanta lekap semasa tidur.
  9. pegang kanta lekap dengan perlahan apabila memakai dan membasuhnya kerana kanta lekap nipis dan mudah koyak.
Oh ye, sebagaimana yang memang semua dah sedia maklum, banyak juga kelebihan pakai contact lense ni.. Teringat penulis dengan bicara lecturer kelas Public Speaking, bila dia tanya pelajar2 yang pakai lense yang colourful tu, apa sebab utama diorang pilih yg berkaler2 mcm tu? Hah, terdiam semua.. Mestilah malu nak ngaku sbb nak nampak cantik, ala2 minah saleh gitu hehe.. Tapi memang kita dah sedia maklum, kalau dah pilih yg warna-warni seindah pelangi u, x ada tujuan lain lah kan.. Tapi tiba2 lecturer kami beri satu alasan yang boleh dianggap 'BEST' utk dipakai kepada soalannya tadi.. Nak taw x sebab apa? Sebab.. Kalau tiba2 terjatuh ke, tercicir kat atas lantai ke seumpamanya, haa.. Kan senang je nak nampak.. "Tu yang kaler2 pelik2 sikit dok kat lantai tu mesti contact lens aku..", hati kita akan berbicara dengan sendirinya.. ^_^ So, klu ada yg jawab dgn jawapan ni, maybe diorang adalah dalam kelas ana waktu tu jugak.. Atau dengar dari pelajar2 dlm kelas kami huhu.. Tapi berbeza dengan diri ana, ana lebih suka pakai yang natural dan sama dengan warna anak mata sendiri, takdelah nampak pelik sangat.. :) Tapi apa yang penting, sama2lah kita jaga anugerah Ilahi ini.. Bersyukur apa yang ada, hidup ini anugerah terindah..~ ALHAMDULILLAH...~ ^_^ Di kesempatan ni, ana nak kongsi serba sedikit tentang contact lense yang ana tahu, insya Allah..

KEGUNAAN KANTA LEKAP


1. Menggantikan cermin mata bagi memperbaiki kecacatan dan meningkatkan ketajaman mata.

2. Perlindung untuk beberapa jenis penyakit kornea.

3. Memberi keselesaan kepada pemakai. Bayangkan seorang ahli sukan seperti pemain bola sepak yang terpaksa menggunakan kaca mata. Sukar, bukan?

4. Untuk tampil bergaya. Penggunaan kanta lekap berwarna untuk yang bermata normal adalah satu trend sekarang dan sekadar `berseronok-seronok'.

RISIKO KANTA LEKAP

Kanta lekap berperanan besar dalam membantu memperbaiki penglihatan. Pemakai kanta lekap ini bagaimanapun terdedah kepada pelbagai risiko tersendiri jika penggunaannya tidak dibuat dengan cara yang betul.

Pada dasarnya, kanta lekap adalah menempelkan benda asing kepada mata. Dengan demikian, ia berpotensi mengganggu keseimbangan mata terutamanya jika tidak dibersih mahu pun ditanggalkan sebagaimana waktu yang telah ditentukan.

1- IRITASI

Risiko utama adalah iritasi (kegatalan). Iritasi disebabkan oleh jangkitan mata dan boleh mengakibatkan kebutaan. Oleh itu tangan harus dicuci bersih semasa memasang kanta lekap agar tiada bakteria dapat masuk sewaktu pemakaian.

Kebanyakkan jangkitan mata berpunca daripada perawatan dan pemeliharaan kanta lekap yang tidak sempurna. Ia juga boleh berpunca daripada tempat penyimpanan kanta lekap yang tidak dibersihkan dan menjadi tempat pembiakkan bakteria. Pemakai kanta lekap perlu memastikan aspek kebersihan mata dan tangan dan tempat penyimpanannya benar-benar terjaga.

2 - PENGURANGAN OKSIGEN

Mata memerlukan oksigen. Pada waktu tidur, kadar oksigen pada mata berkurangan sehingga 1/3 dari ketika mata dalam keadaan berjaga pada waktu siang.

Pemakaian kanta lekap pada waktu tidur akan menyebabkan pengurangan oksigen yang ketara dan boleh mengakibatkan lapisan permukaan mata mudah mengalami pembengkakan terutama pada waktu pagi. Pemakai kanta lekap dengan itu disaran menanggalkan kanta sebelum masuk tidur.

3 - MATA MERAH

Kanta lekap boleh menyebabkan lapisan mata mudah tergores dan teriritasi. Tanda awal ialah mata menjadi merah.

Pemakai kanta lekap disaran menanggalkan kanta apabila mata nampak merah. Jika tidak ditanggalkan, mata berpotensi dijangkiti kuman. Jika kuman kebetulan dari jenis yang sangat berjangkit, permukaan selaput mata boleh bertukar putih dalam masa 24 jam.

Jangan teruskan penggunaan kanta lekap jika ia menyebabkan radang dan meah mata..!

KOMPLIKASI PEMAKAIAN KANTA LEKAP

1 SUPERFICIAL PUNCTATE KERATITIS (SPK)

Permukaan kornea mata menjadi rosak biasanya disebabkan oleh pemakaian yang kanta yang terlalu ketat sehingga menyebabkan mata kekurangan oksigen (hypoxia), alergi, atau keracunan.

Gejala: Pemakai merasa tidak selesa, menjadi sangat sensitif pada cahaya (photophobia), dan hadirnya bintik-bintik di kornea mata.

Rawatan: Mengurangi atau menghentikan pemakaian kanta lekap.

2 ALAHAN

Radang atau iritasi terjadi kerana mata dimasuki bahan-bahan pembawa alahan seperti debu, serbuk atau makanan ke dalam mata.

Gejala: Rasa gatal, mata menjadi merah dan kelopak mata membengkak. Umumnya, alahan terjadi secara bermusim dan pemakai memang mempunyai sejarah alahan.

Rawatan: Hindari penyebab alahan. Hilangkan bengkak di mata dengan kompresi air dingin. Mengambil ubat antiradang apabila terjadi keradangan dan alahan boleh diredakan dengan ubat alahan, antihistamines.

3 KERATOCONJUNCTIVITIS SICCA / SINDROM MATA KERING

Timbulnya bintik (keratitis) kronik pada kornea bawah. Komplikasi ini disebabkan oleh perembesan air mata pemakai yang tidak mencukupi.

Gejala: Mata rasa seperti terbakar, air mata sering keluar dan cairan di mata berlebihan.

Rawatan: Suplemen air mata atau menggantikan kanta. Sekiranya tidak berhasil, hentikan pemakaiannya.

4 KORNEAL EDEMA

Cairan dalam kornea menjadi berlebihan sehingga menimbulkan stres pada kornea, biasanya disebabkan oleh mata kekurangan oksigen.

Gejala: Photophobia, penglihatan menjadi kelam, mata merah dan tidak selesa semasa kanta lekap ditanggalkan. Pembuluh darah kelihatan lebih jelas dan timbul superficial punctate keratitis.

Rawatan: Menambah oksigen pada mata. Kurangkan atau menghentikan pemakaian kanta lekap.


5 INFILTRATES

Keradangan pada jaringan mata disebabkan oleh kanta lekap yang kurang bersih, oksigen yang kurang, tindak balas alahan hingga menimbulkan jangkitan.

Gejala: Biasanya, ia kelihatan seperti sekelompok sel berwarna putih. Penglihatan berkurang, mata merah, photophobia dan timbul bintik putih di mata.

Rawatan: Komplikasi ini diatasi dengan menghindari pemakaian kanta lekap, kerap menggantikan kanta lekap, mengambil antibiotik/steroid dan memberikan penekanan terhadap cara pembersihan kanta lekap.


6 JANGKITAN

Jangkitan terjadi akibat kontaminasi organisme berbahaya ke dalam mata seperti bakteria, kulat, protozoa dan virus.

Gejala: Mata menjadi merah, kelopak mata melekap, air mata meleleh, kurang penglihatan dan bintik pada kornea.

Rawatan: Menjaram dengan air dingin, menggunakan air mata buatan, dan terapi antibiotik, jika perlu.


7 MICROBIAL KERATITIS

Microbial keratitis terjadi apabila organisme berbahaya seperti bakteria, kulat, protozoa dan virus masuk ke dalam kornea mata hingga mengakibatkan pembengkakkan.

Gejala: Sakit pada mata, photophobia, air mata berlebihan, mata merah, dan penglihatan berkurang. Jika sudah parah, mata mengeluarkan nanah.

Rawatan: Terapi antibiotik, penggantian kanta lekap.


8 VASKULARISASI KORNEA

Vaskularisasi kornea adalah pembentukan pembuluh darah dalam jaringan avaskular (kornea). Seringkali disebabkan oleh kekurangan oksigen oleh pemakaian kanta lekap yang terlampau ketat.

Gejala: Kurang penglihatan serta timbul pembuluh darah di kornea.

Rawatan: Kurangkan pemakaian kanta lekap atau menggantikannya dengan kanta lensa yang menyokong oksigen sepenuhnya.


9 GIANT PAPILLARY CONJUNCTIVITIS (GPC)

GPC adalah keradangan papilari pada kelopak atas mata. Penyebabnya masih belum diketahui hingga kini walau ada yang mengaitkannya dengan pemakaian kanta yang berpanjangan.

Gejala: Gatal-gatal, penglihatan berkurang, kanta lebih banyak bergerak-gerak, tidak boleh memakai kanta biasa dan kelopak mata membengkak.

Rawatan: Kurangkan pemakaian kanta, berjumpa doktor mata dengan segera.

Justeru, pencegahan dari timbulnya komplikasi akibat pemakaian kanta lekap adalah jauh lebih baik daripada mengubati.

Setiap individu yang memakai kanta lekap berpotensi mengalami komplikasi-komplikasi yang disenaraikan sekiranya penjagaan kanta lekap dipandang remeh.

Oleh itu, kekerapan membersihkan kanta lekap serta jangka masa pemakaiannya sebagaimana yang disarankan perlulah dititikberatkan bagi mengelak sebarang kemungkinan.

Sayangilah mata anda…. Sesungguhnya ia anugerah yang tidak ternilai dari-NYA....

Ahlan wa sahlan ‘November’...

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah lama dah rasanya tak menulis dan mencoret di sini.. Hampir setengah tahun tak ber’bloging’.. Pejam celik pejam celik dah nak habis sem 5 kat KUIN ni.. Sekarang sedang ‘berperang’ menghadapi final exam.. Doakan ana ye sahabat2.. Tak sabar rasanya nak habiskan exam ni.. Moga kejayaan di dunia dan akhirat jadi milik kita bersama.. Amin..

Sekarang dah masuk bulan November 2011.. Sekejap je rasa dah nak sampai ke penghujung tahun ni.. Begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita.. Apa agaknya yang kita tinggalkan untuk masa? Hmm.. Segala yang kita tinggalkan itulah yang akan dihisab di akhirat kelak.. Adakah kita bersedia?.. Takutnya bila difikir2kan, makin meningkat umur, bukan makin panjang usia kita, tetapi makin pendek hayat kita di dunia ini.. T_T Semoga kita akan terus berusaha mempertingkatkan amalan dan memperteguhkan iman di dalam dada.. Ya Allah, bantulah kami dalam menggapai redha-Mu dan cinta-Mu..

Macam2 peristiwa berlaku dalam tempoh setengah tahun ni.. Ada yang manis, ada yang menyedihkan, biasalah lumrah kehidupan.. Hampir setengah tahun ini jugalah diriku bergelar tunangan orang.. Memberi satu kenangan indah yang tak mungkin daku lupakan.. Ku sentiasa bermohon pada Ilahi semoga ikatan ini akan terus diberkati dan dipelihara di bawah naungan kasih Ilahi.. Ameen Ya Robb.. Bukan mudah berada dalam fatrah pertunangan, berbagai2 ujian datang menyapa, namun mungkin kerana keteguhan hati dan keberkatan doa, segala2nya dipermudahkan.. Alhamdulillah.. Ku panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga pada-Mu ya Ilahi Rabbi..

Ya Allah Ya Rahman,

Tanganku tadah doa ku pohonkan,

Peliharalah kami dari segala kejahatan

Manusia, Jin, Iblis dan Syaitan..

Berikan kami hamba-Mu sedikit kekuatan,

Menghadapi segala ujian dan cabaran,

Dengan ketakwaan jua kesabaran,

Hanya Dikau yang memelihara sekalian insan..

Tanpa jemu puji dan syukur ku panjatkan,

Atas segala limpahan kurnia dan rahmat-Mu ya Hannan,

Semoga kebahagiaan itu kan terus berkekalan,

Di bawah redha dan kasih sayang-Mu Tuhan...


Semoga sesiapa sahaja yang sudi meluangkan masa untuk membaca entri kali ini turut mendoakan kami,insya Allah.. Syukran.. ^_^